maiza
sejauh mane lagi aku perlu pergi
sudah terlalu banyak 
impian aku
cita cita aku
anggan anggan ku
semua nya sudah jauh 

jauh 
semakin menjauhi diri aku
mengapa ini terjadi?
ape tak cukup lagi kah?

impian aku kini nampaknya
semua menjadi angan2 mat jenin
yang rasanya amat sukar ditunaikan 

pada mulanya aku rasa
ini tak mungkin terjadi
tetapi hari demi hari aku sedar
sedar ia nya mmg sukar digapai

iaya mmg sukar diperolehi
aku meraung sendirian
aku menangis di dalam hati
bertanya mengapa begini jadinya hidup aku?

apa lagi yang dikau mahu dari ku
aku sudah jatuh
jatuh dari segala harapan dan impian
dan semuanya demi kamu

pintaku hanya satu
jangalah kau bawa aku
lebih jauh dari kemampuan diri ini
sesungguhnya aku bebenar sudah tidak mampu
menampung 


#house

yang sudah jatuh,


mai

maiza



dengan segala daya
dengan sehabis semangat
melalui segala 
yang telah ditetapkan Ilahi

berjuang menjadi setabah yang mungkin
berjuang untuk sesuatu yang diingikan
tetapi kuasa ALLAH
tetap menjadi penentu segalanya

kadang ape yang telah tertulis
diterima dengan rela hati

kadang ape yang sedang berlaku
ditempuh dengan tekad hati yang tak pernah berbelah bagi

tapi

hati manusia
ada ketikanya akan rebah
menyembah bumi
mengalirkan air mata 
menampakkan hati yang sudah tak mampu
menampung segala dugaan yang dilalui

kadang kesakitan itu sekejap
tetapi ada ketikanya
untuk bangun
memerlukan segala yang masih bersisa
membangkitkan semangat
kerana diri masih bernyawa
nyawa itulah 
kurniaan Ilahi
yang perlu aku syukuri

yang lain yang masih belum dimiliki
aku serahkan kepadaMU

aku akan lalui jalan ini
jalan yang masih jauh
dan berliku




yang tabah,




Related Posts with Thumbnails