maiza
sejauh mane lagi aku perlu pergi
sudah terlalu banyak 
impian aku
cita cita aku
anggan anggan ku
semua nya sudah jauh 

jauh 
semakin menjauhi diri aku
mengapa ini terjadi?
ape tak cukup lagi kah?

impian aku kini nampaknya
semua menjadi angan2 mat jenin
yang rasanya amat sukar ditunaikan 

pada mulanya aku rasa
ini tak mungkin terjadi
tetapi hari demi hari aku sedar
sedar ia nya mmg sukar digapai

iaya mmg sukar diperolehi
aku meraung sendirian
aku menangis di dalam hati
bertanya mengapa begini jadinya hidup aku?

apa lagi yang dikau mahu dari ku
aku sudah jatuh
jatuh dari segala harapan dan impian
dan semuanya demi kamu

pintaku hanya satu
jangalah kau bawa aku
lebih jauh dari kemampuan diri ini
sesungguhnya aku bebenar sudah tidak mampu
menampung 


#house

yang sudah jatuh,


mai

maiza



dengan segala daya
dengan sehabis semangat
melalui segala 
yang telah ditetapkan Ilahi

berjuang menjadi setabah yang mungkin
berjuang untuk sesuatu yang diingikan
tetapi kuasa ALLAH
tetap menjadi penentu segalanya

kadang ape yang telah tertulis
diterima dengan rela hati

kadang ape yang sedang berlaku
ditempuh dengan tekad hati yang tak pernah berbelah bagi

tapi

hati manusia
ada ketikanya akan rebah
menyembah bumi
mengalirkan air mata 
menampakkan hati yang sudah tak mampu
menampung segala dugaan yang dilalui

kadang kesakitan itu sekejap
tetapi ada ketikanya
untuk bangun
memerlukan segala yang masih bersisa
membangkitkan semangat
kerana diri masih bernyawa
nyawa itulah 
kurniaan Ilahi
yang perlu aku syukuri

yang lain yang masih belum dimiliki
aku serahkan kepadaMU

aku akan lalui jalan ini
jalan yang masih jauh
dan berliku




yang tabah,




maiza




as long as i try my best, that's all matters

oh tetiba aku nak tulis blog setelah sekian lama
puncanya aku dah tak tahu mane nak luahkan

lately hidup aku kat tempat kerja
with new management
fuhh.. sangat
sangat
.....
ntah. aku x ade perkataan yang dapat gmbarkan
pertukaran shift, timetable, new ceo, new manager
and bla..bla..

at first i was trying hard
just to make sure everything is in control
but day by day
aku rasa aku dah semakin hilang
hilang kawalan

dan akhirnya
aku membuat keputusan untuk buat
ape yang aku mampu instead
push my self to hard.

salah satu sebab aku masih di sana adalah kerana
rakan kerja yang tiga orang ni
yang masih support aku

becoz of them i'm still there
hope
kepercayaan ini tidak sia sia.

to be honest.
my big bos so far ok
TETAPI
yang prob adalah yang
bos kecik
dan bos kecik sikit dr bos kecik

nampak tak?
faham tak?

tak?
tak apelah

yang penting
i'm giving them the best i can.
that's all matter.



aku rindu suami aku (tetiba)

maiza
Hari ini

27 March 2014
genap 6 bulan kami berkawin

sepanjang 6 bulan usia perkawinan
yang dianggap masih berbulan madu
kami dah harungi pelbagai

suka duka
pahit manis sejak bergelar suami isteri
tak nak berselindung
kami ada melalui detik2 sukar

sebab kadang kala keserasian , memahami dan tolak ansur
hanya boleh dicapai andai ade perselisihan
ye ke?
tak pasti pasangan lain
tapi ini yang kami lalui

berbalik kepada topic asal
berkawin dan mengandung
topik yang pada dasarnya susah untuk
diluahkan
dibincangkan
tapi hati ini
dah tak betah untuk disimpan
didalam sekeping hati ini

berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul
ungkapan yang setiap orang tahu
tapi bila kena batang hidung sendiri
ini lah peribahasa yang benar2
mengambarkan segalanya.


aku seorang isteri yang ingin memberikan suami zuriat
aku seorang anak yang ingin memberikan cucu kepada abah mak
aku seorang kakak yang ingin memberikan anak buah kepada adik2

tapi
mereka lupa aku dan suami adalah hamba Allah
yang sedang melalui
perancangan Maha Esa

berat
memang berat
aku yang menanggung sudah kering air mata
kadang hampir putus asa
tertekan
kecewa
sedih

 harapan yang menggunung
dengan tak sampai seminit
lakukan pregnancy test
dan hasilnya

 

NOT PREGNANT

dan ditunjukan pada suami

memeluk each other
menahan menangis
menahan sebak
memberi kata kata semangat to one and another

hakikatnya
dalam hati
kami terluka
kami tertanya
kami kecewa
dan kami nak kan jawapan

mahu menagis
semahunya

paling perit
pregnancy test ni
akan dibuat pada waktu pagi
selalu nya beberape minit sebelum pergi kerja

kenape?
sbb bila mane keputusan negative
after hug each other
kami terus pergi kerja
membawa kesedihan yang sama
dan cuba mencari kekuatan dengan cara berbeza

dan air mata sejurus naik kereta
tak berhenti menagis
menangis dan menagis
hingga sampai destinasi yang nak dituju


dan abang
aku tahu dia menagis sebaik sahaja menutup pintu
kekuatan dia sebagai lelaki pasti teruji



sms, whats up
antara kami menjadi kekuatan

sabar ye sayang
belum rezeki
kita tempuhi sama sama
 abg sayang ayang
ayang sayang abg
....
....
....


Sesungguhnya kalau diikutkan
tak ade yang perlu dirisaukan
nasib kami belum seburuk yang disangka

masih ramai lagi rakan yang belum punya zuriat

dan semacm mane dugaan untuk medirikan rumahtangga
dan daku anggap ini sebagai dugaan pertama dalam rumahtangga

biarlah mereka mengata
biarlah mereka berkata kata

kerana dugaan ini
menguatkan hubungan daku dan dia


yang tak putus mengharap,














maiza
Semasa post ini ditulis
Tragedi MH370 sedang berlaku
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing
Tidak sampai ke destinasi 
Sebaliknya mendarat menyembah bumi di Lautan Hindi

Kenape sampai ke sana?
Pengganas ke?
Pilot ke?
Penumpang ka?
Anak kapal ka?
Boeing rosak ke?


Semua yang ikuti kisah ini nak kan jawapan 
jawapan kepada kisah sebenar yang menyebabkan 
flight ini tidak mendarat di Beijing seperti yang dijanjikan


Aku pun nak tahu
Dalam mencari jawapan
Kerana diri ini mmg tak tahu langsung tentang hal kapal terbang
maka usaha mencari jawapan dibuat
dengan bantuan 
INTERNET

ironinya 
terlalu banyak pendapat yang diutarakan
malah pendapat yang diluar dari kotak pemikiran
tiba tiba Malaysia mempunyai ribuan pakar pakar
dalam aspek penerbangan!

sedihnya bangsa sendiri
rakyat sendiri menghentam Malaysia

diri ini cukup bersimpati dengan juruterbang
ketua mahupun co pilot
mereka Islam

dan kerana ini terlalu mudah
Islam dijadikan punca mengapa
semua ini terjadi
Islam pembunuh
Islam pengganas
Islam perampas

aku sebagai Islam cukup terkesan
dengan kata kata hinaan
yang dilemparkan oleh mereka
yang tidak pernah 
melafazkan kalimah syahadah

mereka kafir, itu sebabnya mereka boleh berkata macam2 hal
mereka adalah 'dajal' yang akn merosakkan Islam
tapi orang Islam sendiri yang menghina Islam?
siapa mereka ini sebenarnya?
mane tempat mereka?

bersediakah mereka untuk merangkak dipadang masyar
untuk meminta maaf kepada juruterbang andai selama tragedi ini berlaku
bukan kerana silap mereka?


aku tak sanggup.



maiza
Saat tulisan ini dicoretkan
jasad itu masih lagi bernyawa
terbaring di katil hospital
hanya dia yang tahu ape yang dialami

anak-anak
cucu-cucu
silih berganti menjenguk 
x tahu ape yang dilihat
seorang lelaki? bapa? datuk ?
atau orang yang pernah menguris hati?

setiap orang punya pemikiran sendiri
terhadap jasad yang masih bernyawa ini
tapi aku

aku terfikir
bagaimana bila nyawa berpisah dengan jasad ini?
bagaimana harta yang akan ditinggalkan?
bagaimana hubungan kekeluarga ini nanti?
ape akan berlaku kelak?
siapa akan bertanggungjawab?
siapa mengetuai keluarga nanti?
cukupkah amalan yang dibawa?

ahhh.
ini pemikiran orang yang masih sihat
yang terlantar
mungkin dia sanggup menyerahkan segala yg ada
untuk kembali
membuat kebaikan
menurut ajaran ALLAH
bertaubat mugkin?

yang paling hebat
tentang wasiat
wasiat yang ditulis
dan
wasiat dipesan dikala jasad x mampu 
membuat apa apa lagi

wasiat yang ditulis
tentunya harta
tanah, rumah, kebun, duit
harta dunia..
tapi ini yang direbutkan
antara anak2

wasiat yang dipesan 
ketika terlantar
jangan bergaduh
jaga hubungan sesame adik beradik
jaga ibu
kirimkan doa
sayang
ini akan dipinggirkan
tak ade sesiapa yang rebutkan pesanan ini
akhirnya akan dipandang sepi


tak mengapa
aku hanya memerhati dari jauh
sebab aku adalah cucu
yang akan tetap mengirimkan doa
untuk insan yang bergelar

datuk
darah daging aku.



Andai dia berhak untuk bernafas lagi,
sembuh kan dia Ya Allah
Andai 'perjanjian' dia dah tiba
permudahkan untuk dia


ikhlas
cucu yang  merindui datuk nya,





maiza
27/09/2013 9.00 mlm maka aku telah bergelar isteri orang. isteri mohd on bin jaaffar


eh..dari merisik tetiba terus dah kawin??

haha..bab tunang x sempat berceritalah...nti ek

ni pun nak upload sikit jer...sbb

sbb

x de mood.



taraaaaaaaa...
ni baju umah lelaki

 dan inilah group aku
hehe
member lain ade juga yg datang
cete nanti ek



dan 
maka nya
jadilah mcm ni


hehe
turn cha lepas ni
dan 

maybe next post lah akan cerita pasal 
itu ini
majlis perkahwinan daku ini



isteri orang

 

maiza
ini adalah salah satu sbb nPe aku memilih dia
sebagai bf...sebagai tunang...dan in Sha Allah my husband

antara banyak-banyak sbb adalah

dia seorng yg blur


cth terbaik

daku ade tag dkt fb ayat yang paling kelakar ttg suami isteri

ayat dia berbunyi lebih kurang cam ni

"kalau seorang isteri nak bersiap utk berjalan jalan dan berkata pada suami ...abg tunggu kejap yea..saya bersiap 5minit jer... maka para suami sepatutnya tahu yg mereka boleh terbang ke bulan dan balik semula ke bumi utk tempoh '5 minit' tu"

i find it sgt kelakar..dan blh buat daku tersenyum

then somehow en tunang x respond bila i tag dia.. then i suruh dia baca

u know Ape dia cakap lepas baca??

"kenape suami tu nak pergi bulan?"

dengggggg!!! 

yg itu pulak dijadikan isu...blur kan dia?

aduhai....
 then dia terus cakap.. ape maksud tu syg?abg x faham...


denggggg dua kali!!!


i terus cakap..bongok lah abg ni...then kami ketawa....

dari geram....terus x jadi marah...

i think he is my man...
dia lah jodoh saya
in Sha Allah
my buncit hero!



maiza
bercakap dari dasar pengalaman
sejauh mane kita pergi, dan seramai mane kita jumpa orang
andai dia jodoh kita..maka kita pasti akan bertemu dengan jodoh itu


namun benda yg baik pasti ada cabaran nya
kerana sebaik baik perancangan adalah perancangan dari Allah
dan ini benar-benar membuka mata aku

dan kerana itu aku tidak akan menolak siapa pun jodoh yg dah ditentukan oleh Allah utk setiap insan dibumi ini
jauh sekali menghlang perkara yg baik itu dr berlaku
aku nak semua merasai kemanisan alam perkahwinan

cuma aku pinta sedikit waktu..walau seketika utk aku merasai bagaimana adenya insan bergelar suami dalam keluarga aku..
aku minta sedikit ruang untuk keluarga aku merasai pertama kali beraya apabila ade menantu...
aku minta sedikit tempoh untuk aku dan keluarga mengenali dengan lebih mendalam lagi ahli baru dlm keluarga kami ini
dan aku minta hak aku untuk merasai nikmat ini...

jangan lah rampas hak aku... terlalu lama aku dambakan ini...

tapi aku tahu impian aku kini semakin tipis..

dan sekali lagi impian aku menjadi sebuah impian.

saat aku mampu duduk bersama ibu bercerita panjang walaupun berkisar ttg tunang...aku gembira...inilah yg aku rindukan sejak dulu...duduk bersama ibu dan bercerita..

tapi rasanya x lama aku akan nikmati ini...

kasihan tunang yg dah lama menanti perhatian sorng ibu...

andai itu terjadi...aku redha. tapi aku tetap bermohon moga aku diberi kesempatan itu..
dan berdoa menunjukkan jalan pada dia yg terbaik untuk dia.

tetap mendoakan kebahagian mu walau hati ini merintih pilu...




maiza
al fatihah.
moga Allah tempatkan dia dikalangan hambaNYA yg beriman.

entah mcm mane malam ni aku rasa terpanggil untuk coretkan sesuatu. rindu? aku x th. tapi selepas baca status kakak arwah di fb , hati aku sebak. dalam diam aku sedar sudah lama aku 'tinggalkan' keluarga itu kerana org yg mereka dan aku kasihi telah pergi mengadap ILahi.

pada hemat aku..ini yg terbaik untuk aku.pada fikiran aku ini lah langkah terbaik utk aku mulakan semula hidup aku. pada waktu aku memutuskan utk pergi jauh dr keluarga itu, aku th mungkin mereka akan kecil hati tp aku gagahkan juga sbb pemergiaan dia mmg cukup buat kami tak henti menahan air mata.

dan dari jauh aku melihat mereka bersatu sebagai keluarga..mungkin membina semangat antara satu sama lain diatas kehilangan yg terjadi dan sejak dari situlah aku sedar .. mereka telah bahagia dan luka itu telah berjaya diubati...

tapi aku silap dalam mentafsir setiap gambar yg dipaparkan. dalam gembira rupanya mereka juga seperti aku.tetap meneruskan hidup tapi luka itu x pernah berjaya di lupakan..x pernah berjaya disembuhkan dan luka itu sehingga kini masih berdarah. luka yg hanya diri sendiri dapat rasai tapi masih mampu diselindungi dr org disekeliling.

Hanya Allah yg mengetahui luka dihati ini.

walau aku dianggap 'munafik' dikalangan rakan2 yg mengetahui kisah aku dah arwah gara-gara aku bertunang kini..aku lebih suka mendiamkan diri. utk ape aku perlu terangkan keadaan aku kini dan gelora di dalam hati ini kepada mereka yg mungkin tak pernah merasai kehilangan insan yg paling disayangi.


aku bersyukur tunang aku memahami keadaan aku. 

aku berterima kadih pada MU Ya Allah kerana membuka pintu hati aku ini.Sesungguhnya doa adalah senjata org mukmin, Aku x akn lupa untuk berdoa padaMU lg Ya Allah.

dan doa aku yg tak pernah henti ...limpahlah keluarga Arwah dengan seribu nikmat MU Ya Allah. selepas Kau ambil arwah..jgn lah Kau seksa hati mereka lagi.berikanlah mereka ketenangan...



maiza
ceritanya mula dgn begini....encik tunang ambil test jpj tuk lesen gdl...company sponsor uuu..so utk menaikkan semngat beliau maka daku pun membuat cadangan...begini bunyinya...


"kalo abg lulus..ayg belanja pizza tp guna duit abg lah... tapi kalau abg xlulus abg kena bt pizza tuk ayg tu pun guna duit abg"

maka cabaran daku di sahut.... dan

dan....
abg lulus!!!


maka kami kenalah makan pizza.....

makn punya makan...makan dan makan


we decided nak g jonker walk...


jalan punya jalan...dapatlah beli 2 brg ini...satu beg tuk abg dan lampu tido for me...(nk kutuk lampu tido aku lah tu)

maka lepas dah penat berjalan, maka menujulah ke kereta...dan mendapati cermin kereta saya telah dipecahkan.(ayat mcm report polis tu) dan saya dpti beg duit saya telah hilanggggggg!

yes my mistake tinggalkan beg duit dlm kereta...so does my portawifi...handphone samsung, dan lain2. tapi alhamdulillah yg lain x hilang...

dlm beg duit cuma ade syilling sbb me dah keluarkan duit....

padan muka kau pencuri...x dpt hasil

dan padan muka aku sbb cermin pecah + hilang beg duit carlo rinooooooo...
tulah beg duit paling mahal aku penah beli...


x ape jumpsa kat akhirat.
wslsm.

pengajaran ni......






















maiza
baiklah
mengikut adat, merisik ini adalah sesuatu yang perlu
maka bagi diri ini yang nak kawin
segalanya bermula 
dengan merisik


ade cerita disebalik merisik ini
yelah

to be honest
semasa keluarga belah lelaki nak masuk merisik
i was like?
WHATTTTTT??
mmg x disangka secepat itu.

dan apabila nak bagi tahu family
dan diri ini fikir
ape ayat yang patut aku cakap ni?

punyalah lama nak fikir
so dgn nekad

daku pun ajak abh mak dan family
duduk kat meja makan
kitaorng panggil
'family meeting'
so diorang ni tahulah
ade sesuatu yang penting
nak diucapkan oleh org yang memanggil meeting

and daku rasa masa tu mcm
abdomen dalam badan semua x ade
nak cakp, ade orang nak merisik

mcm mane nak mula
ape aku patut cakap

then bila semua dah ade kat meja makan

abh mulakan
"ada apa maiza"

me
(dlm hati)
kecut perut, muka merah, tak tahu nak cakap ape

"bismillah, ABAH SAYA NAK KAWIN"

puuhhhhhhh
tersembur keluar
itulah ayat daku ketika itu

dan semua orang diam + x berkelip + sunyi dan sepi 

dan aku
mcm katak nak cari tempurung
huhuhu
malu sbb boleh lak sembur cakap mcm tu
adddehhhh

pastu setelah mereka sedar dr lamunan.
maka semuanya pun tanya itu dan ini
yang pasti 
tarikh nya..
bila nak risik
bila nak tunang
tu ini
tu ini


bincang bincang

makan telah ditetapkan 

06102012 lepas zohor

tahu x sape yang datang merisik
pak long beliau
orang kampung panggil ustaz Hasan
bila aku tahu ustaz Hasa ini pak long lagilah hilang semua kepala tangan dan kaki aku
sbbnya
dulu masa sekolah rendah ustaz Hasan ini mengajar mengaji
dan aku tak pernah nak belajar ngaji dengan ustaz ni
lepas sekali aku kena pukul
terus aku tak datang


tapi rupanya ustaz nilah yang meminang daku
adeeeeh
x ke berganda malu diriku ini

aduhai...

dan seperti yang di rancang
maka rombongan merisik pun datanglah

berdebar?
x de ayat nak aku gmbar kan masa itu

sangat berdebar
walauupun kami tunggang terbalik buat persiapan

sedikit gambar

 rumah den menanti tetamu untuk berbincang
kat situlah rundingan akan dibuat

tetapi sebelum tu
tetamu akan dijamu dahulu


strategi nya adalah nak bagi mereka kenyang 
sebelum 'berperang' tentang
'harga' dan 'tarikh'
huhhuhu


ni family dulu makan

well ade something kat sini
yang nak di explain kan
sbb ade banyak pihak yang 'berbunyi'
antara yang perlu di explain kerana dan 'berbunyi'
adalah

kenape perlu siap sewa kerusi meja dan sebgainya?

jawapan nya
kerana kami tidak mempunyai ruang makan yang cukup
untuk para tetamu menjamu selera

kenape x bersila je?

jawapanya
ayah tunang saya dan pak long nya tidak boleh duduk dibawah (bersila)
ini adalah kerana 
mereka mengalami kesukaran utuk duduk apatah lagi bersila
(sakit orang tua , sakit lutut rasanya)

kenape jemput orang (sedara) ramai sangat?

jawapanya

1. ini adalah pertama kali bagi keluarga kami,
terutama abah dan mak
terdapat juga perasaan bimbang kerana tidak mempunyai pengalaman
jadi setiap saudara mara yang dipanggil selain dari memberi tunjuk ajar
dan mereka juga dipohon memberi bantuan yang diperlukan semasa majlis tersebut berlangsung


yg membantu memasak
untuk hari merisik itu


kenape ade saudara yang tidak dijemput / diberi tahu

jawapanya

ini majlis merisik
jadi memadai lah siapa yang kami beri tahu
tapi majlis tunang tetap kami jemput semua sekali
jgnlah terasa sangat
x de niat nak ketepikan sesiapa

dan ini penjelasan saya bagi pihak keluarga

ok move on to majlis merisik itu sendiri 

maka selepas mereka makan
emm
menu hari itu
seingat dakulah

asam pedas tetel 
ayam rendang
sayur jawa
kerabu
dll
(adehh x ingat ler)


so selepas mereka kenyang
makan bermulalah perbincangan
huhuhu

ape daku buat masa tu?
emm
diri ini dibahagi kepada 99 bahagian
huhuhu

jadi tukang bungkus makanan
tukang prepare makanan
tukang arrange pinggan mangkuk 
tukang rasa, tukang tengok, tukang segalanyalah

tapi dalam hati dah melayang ntah kemana
lutut ni mengigil masa buat keje

yelah hari yang selama ini
ditunggu telah tiba
mmg lah x caye
(ayat boringggg!)

so majlis pun berlangsung

tulah mereka sedang berbincang
huhuhu
nape anak panah tu?

yelah
x sangka my parents duduk bawah
huhuhu...
x kisah lah yang penting perbincangan diteruskan 


dan


dan



dan


wait for it


dan







dan itulah dia cincin risik
auwwww!


Alhamdulillah
semua dah dipersetujui


dan tarikh tunang nya adalah

28102012

and i was like
WHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAT? 
kali ni dengan lebih panajang lagi
sebb daku minta bertunang 
bulan dec

less than one month..
Ya Allah


baru nak lega

mane tahu dapat berita mengejut ni...


so 


to be continue lah kan...



eh jap..
masa merisik ni
selain dari cincin merisik 
daku dapat ini



sangat terharu..
abg  kata lambang kasih sayang abh 
:')

tapi dalam masa yang sama kelang kelibutlah
nak membalas ape
angin jap dengan en abg sbb x bg thu awal2
huhuhu



tapi syukur
berbalas juga



so 
baru betul
akan bersambung



....



maiza
oh mood menulis dah x ade pulak...


adehh...

upload gmbar jelah ek

1) 3 down 2 to go...


tahniah nad
despite what happen
kitaorg ( me , cha , huda dll) dapat attend majlis nad

happy for u

cantik color baju nad


2) 1+1 , 1 +1 faham?



huhuhu 
masih gmbar yang sama
cuma isi je yang lain
as you can see

puan huda dan puan lina
sudah mempunyai seorang cahaya mata
dan alhamdulillah
mereka telah berjaya
memberikan adik baru
kepada anak sulung mereka
(soon)

hahaha
tahniah..
wah...cepat tul nak jarak kan jurang
huhuhu
terkejar ke nanti?hahaha




3) dapat baby baru..wooohooottt!...memang mantap !


 no pic available
cause nanti orang banyak sakit hati
ni pesan en tunang.
oppsss...
so kena lah digunakan
tanpa dapat tayang
yang penting laju
huhuhu
soon akan upload k


4) tunang.....................taraaaaaaaaaaaaa ok part ni kena cerita sgt detail cazen ramai yang ngutuk aku pasal tunang dan bertunang ni...dan isu2 yang sangkut paut..huhuhu..tpi bukan skrng  lah..mood nak cete x de..adehhh propa betul...


terasa diriku begitu berharga..

sebenarnya ade banyak lagi yang jadi sepanjang 2012 tapi tgk lah akan diceritakan atau dirangkumkan saje.


till meet next post yo :p





                                 

maiza
17/01/2013

konon2 nak mula menaip balik.

so untuk memastikan blog ini tidak terlepas ape2 yang terjadi dalalm hidupku sepanjang tahun 2012 aku akan update story morry yang berlaku..

next entry daku akan list kan perkara yang top2 terjadi dalam hidup aku sepanjang 2012...

till meet next post..in sha Allah.



love,



maiza
Testing tgk pe jadi.
maiza
Ya Allah, 
aku menadah tangan memohon kepadaMU 
Kau permudahkan lah segalanya untuk aku
aku selemah lemah manusia
Permudahkanlah Ya Allah

Ujian dari MU aku terima Ya Allah
aku terima dengan relanya

tapi hambaMU ini lemah Ya ALLAH
aku serah segalanya padaMU
aku tahu segalanya yang dirancang olehMU
adalah yang terbaik untuk aku

maka dengan itu aku akan terus bersabar
menjalani kehidupan ini
seperti yang ditentukan oleh MU Ya Allah


bantulah aku Ya Allah
permudahkanlah semuanya untuk aku Ya Allah
sesungguhnya Kau yang terbaik tempat aku bergantung

amin ...amin yarabbalalamin









Selemah lemah manusia adalah aku



maiza
Sebenarnya agak malas aku nak bincang hal ni
semak otak aku
yelah bayangkan
dgn hanya satu perkataan 

KAWIN

mcm2 persoalan akan keluar
eh bukan sikit tau!
antara persoalan nya
bila? dgn sape? berape hantaran? umur dah berape? keje ape?rombongan? bape biji khemah?
bape dulang? jemputan? pakaian?  lauk? goody bag? warna tema?mak andam?dj? 
 pelamin? kek? bilik pengantin? cameraman?kad?
wei byk tak?
byk kan.ni pun yg mane terlintas kat kepala aku.
hebat tak? hanya perkataan kawin sahaja mcm2 persoalan timbul
tu yg aku malas nak pergi pk

tp sejak 2 menjak ni
persoalan ni mengasak pemikiran aku kerana org sekeliling aku
x kira lah dari family, kawan2, member offices
tp ntah mcm mane , aku boleh buat muka tembok je cam ni


hahaha

actually, umur dah 26 masih tak kawin
aku x rasa satu masalah besar
cuma orang dah mula bertanya lah
itu je
bila orang dah mula tanya
mula si empunya badan tekanan

mcm aku , ntah kenape tanya lah mcm mane pun
perlilah mcm mane sekalipun
usiklah mcm mane sekalipun
aku tetap diam seribu bahasa
no single word comes out of my mounth
tak de ya mahupun tidak
hanya senyuman yang terukir

rahsia disebalik senyuman :p

sedarlah...jodoh ni rahsiaNYA

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

jadi bersabarlah
 wahai keluarga ku
wahai kawan2 ku yg masih single
wahai saudara maraku
bersabarlah

si gadis/ si teruna
jangan terlalu tertekan
janganlah terlalu risau
apa yg terjadi sesungguhnya bukan kehendak kita
ini semua ketentuanNYA

enjoy the process
kita kena nikmati proses mencari jodoh ni
nilah sekali kita nak lalui nya
kenal itu kenal yg ni
mcm puzzlelah
cuma cepat dgn lambatlah
dan kita tak tahu bila puzzle tue complete 
gmbar ape yang muncul



so bagi keluarga
sabar yea mak abah adik adik
bila sampai masa
along akan bawa bertemu keluarga
bukan along x fikirkan
tipulah kalo tak fikirkan
cuma percayelah
skrang bukan masa nya lagi
anakmu ni juga mahukan yg terbaik untuk diri sendiri dan masa depan
doakan ye mak abah


untuk saudara mara yang kepoh  prihatin
ingat aku suka ke dah 26 tak kawin2 lagi
ingat aku ni tak de hati ke
x de perasaan tgk orang / kawan dah kawin , aku x kawin lagi
sedih tahu tak
tapi sapelah aku nak lawan takdir
x kan nak sebat je mane2 lelaki
pastu kawin demi utk memenuhi keinginan mu
emm lorat nau
dah , x yah nak kepoh2
x yah nak kecoh2
sampai  msa stand by je nak tolong potong bawang, kopek kentang, goreng ayam,
jgn sibuk2 tanya je, esok bila daku nak kawin semua duduk goyang kaki bergosip je
x salah nak tanya
tapi bila tanya smpai jadi cam ni

pe kejadanya

bagi kawan2 yg dah kawin dan berkeluarga
alhamdullilah
moga ia kekal hingga ke pintu syurga

bagi kawan2 yang on the way, masih mencari , sedang merancang, 
atau whateverlah
be happy k. enjoy the proces . lepas ni dah sibuk pk hal lain lak
tak merasa lagi proses cari mencari ni
jgn bagi tekanan. bila ia akan terjadi, pasti terjadi..
ni semua jodoh. Kerja Allah.
kita x boleh terlalu yakin, 
ok aku dah 26 aku mesti kawin tahun ni..
kalo x malu sekampung aku ni
malu dngn sedara-dara
segan dgn member2
x..kita tak perlu mcm tue
merancang yes..mmg boleh 
tapi jgn lah smpai lakukan sesuatu yang terdesak utk kawin
hanya kerana anda didesak oleh enviroment
yg nak kawin korang
lantaklah ape orang nak ckp
esok kalo yg bahagia korang jugak
nti korang susah / bahagia orng keliling tetap berckp juga
so let it be
:)

pada diri sendiri
mai , ko ckp mmg pandai
ko mcm mane lak
kah..kah...
:))


belum nak kawin lagi 



mood : saya rindu dia
mane dia? :\












Related Posts with Thumbnails