maiza




as long as i try my best, that's all matters

oh tetiba aku nak tulis blog setelah sekian lama
puncanya aku dah tak tahu mane nak luahkan

lately hidup aku kat tempat kerja
with new management
fuhh.. sangat
sangat
.....
ntah. aku x ade perkataan yang dapat gmbarkan
pertukaran shift, timetable, new ceo, new manager
and bla..bla..

at first i was trying hard
just to make sure everything is in control
but day by day
aku rasa aku dah semakin hilang
hilang kawalan

dan akhirnya
aku membuat keputusan untuk buat
ape yang aku mampu instead
push my self to hard.

salah satu sebab aku masih di sana adalah kerana
rakan kerja yang tiga orang ni
yang masih support aku

becoz of them i'm still there
hope
kepercayaan ini tidak sia sia.

to be honest.
my big bos so far ok
TETAPI
yang prob adalah yang
bos kecik
dan bos kecik sikit dr bos kecik

nampak tak?
faham tak?

tak?
tak apelah

yang penting
i'm giving them the best i can.
that's all matter.



aku rindu suami aku (tetiba)

maiza
Hari ini

27 March 2014
genap 6 bulan kami berkawin

sepanjang 6 bulan usia perkawinan
yang dianggap masih berbulan madu
kami dah harungi pelbagai

suka duka
pahit manis sejak bergelar suami isteri
tak nak berselindung
kami ada melalui detik2 sukar

sebab kadang kala keserasian , memahami dan tolak ansur
hanya boleh dicapai andai ade perselisihan
ye ke?
tak pasti pasangan lain
tapi ini yang kami lalui

berbalik kepada topic asal
berkawin dan mengandung
topik yang pada dasarnya susah untuk
diluahkan
dibincangkan
tapi hati ini
dah tak betah untuk disimpan
didalam sekeping hati ini

berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul
ungkapan yang setiap orang tahu
tapi bila kena batang hidung sendiri
ini lah peribahasa yang benar2
mengambarkan segalanya.


aku seorang isteri yang ingin memberikan suami zuriat
aku seorang anak yang ingin memberikan cucu kepada abah mak
aku seorang kakak yang ingin memberikan anak buah kepada adik2

tapi
mereka lupa aku dan suami adalah hamba Allah
yang sedang melalui
perancangan Maha Esa

berat
memang berat
aku yang menanggung sudah kering air mata
kadang hampir putus asa
tertekan
kecewa
sedih

 harapan yang menggunung
dengan tak sampai seminit
lakukan pregnancy test
dan hasilnya

 

NOT PREGNANT

dan ditunjukan pada suami

memeluk each other
menahan menangis
menahan sebak
memberi kata kata semangat to one and another

hakikatnya
dalam hati
kami terluka
kami tertanya
kami kecewa
dan kami nak kan jawapan

mahu menagis
semahunya

paling perit
pregnancy test ni
akan dibuat pada waktu pagi
selalu nya beberape minit sebelum pergi kerja

kenape?
sbb bila mane keputusan negative
after hug each other
kami terus pergi kerja
membawa kesedihan yang sama
dan cuba mencari kekuatan dengan cara berbeza

dan air mata sejurus naik kereta
tak berhenti menagis
menangis dan menagis
hingga sampai destinasi yang nak dituju


dan abang
aku tahu dia menagis sebaik sahaja menutup pintu
kekuatan dia sebagai lelaki pasti teruji



sms, whats up
antara kami menjadi kekuatan

sabar ye sayang
belum rezeki
kita tempuhi sama sama
 abg sayang ayang
ayang sayang abg
....
....
....


Sesungguhnya kalau diikutkan
tak ade yang perlu dirisaukan
nasib kami belum seburuk yang disangka

masih ramai lagi rakan yang belum punya zuriat

dan semacm mane dugaan untuk medirikan rumahtangga
dan daku anggap ini sebagai dugaan pertama dalam rumahtangga

biarlah mereka mengata
biarlah mereka berkata kata

kerana dugaan ini
menguatkan hubungan daku dan dia


yang tak putus mengharap,














Related Posts with Thumbnails