maiza
sejak kebelakangan ni aku amat sibuk. biase lah nak raya . jadi supplier akan kejar nak payment. dan kerana itu aku pun terpakse kejar customer nya payment. sekarang aku tgh handle satu lagi top 5 customer. diorang masih berhutang rm 170,000.00. yup lebih RM100,000.00! bila pk balik keje2 mcm ni lah yang ramai member2 office aku elak...bukan senang nak minta customer bayar..kena pujuk, kena pandai bodek, dan paling penting byk kena sabar!

enough pasal keje...aku kat sini nak buat satu pengakuan yang tulus dan jujur dari hati aku.

jujurnya aku jarang dan boleh bilang dengan jari jer berape kali aku g bace blog adik aku..adik aku yang sorang tue . aku harap korang tahu yang mane. baru jap tadi aku bace dan hampir nak luluh jantung hati aku. ayat yang dia guna...Ya ALLAH aku rase mcm aku dah gagal sgt jadi kakak dia. dan sekrang walupun aku sedar aku dah gagal aku masih tak berdaya nak buat ape2.. dia bukan tanggungan aku..aku tak boleh sesuka hati ambik tindakan..kalo tak aku yang kena nanti.

jadi ape yang mampu aku kate kat sini ape yang dia buat atau ape yang dia kate adalah datang dari pemikiran dia. tindakan dari dia tak ade kena mengena dengan aku.ye aku kakak dia tapi aku sendiri tak pernah keluarkan kate2 mcm tue. jadi tolong lah. penilaian antara dia dan aku sepatutnya dan seharusnya berbeza walaupun kami punya hubungan darah........
1 Response
  1. Unknown Says:

    sabar la mai, budak baru nak naik mmg begitu,memberontak..itu cara mereka meluahkan perasaan mereka, bukan tak puas hati ke apa, dorang just nak perhatian orang2 yg mereka sayang je..aku dulu pun macam tu, tp bahasa xde la begitu, zaman kita dlu lain, zaman sekarang lain..buluh dibentuk dari rebung, tapi masih belum terlewat nak betulkan yg salah tu..masih ada masa,asal ko jangan putus asa je..apapun ni semua cabaran Dia..harap ko redha..aku sentiasa disisi ko mai.. :)

    selamat berbuka~


Related Posts with Thumbnails