maiza


bacalah kisah ini
kisah seorang anak dan si ibu

 seorang anak yang lahir dari rahim ibunya
dibesarkan dengan penuh kasih sayang
hubungan si anak dan si ibu rapat sekali
bagi si anak ibunyalah segalanya
lantaran kesibukan si bapa

masih diigat oleh si anak
betapa kasih seorang ibu dapt dirasakan
makan disuap
kesejukan kala pagi dipeluk oleh si ibu
ulangkaji ditemani si ibu
segalanya segar diingati

tapi ntah silap dimana
hubungan si anak dan ibu semakin regang
salah ibu kah
salah anak kah
tak tahu mane silapnya

kala si ibu  bersikap baik
anak pula dingin
kala si anak mood baik
ibu pula moody
semuanya serba tidak kena

si anak ingin sekali mendekati si ibu
dan memikirkan
dengan masakan mampu merapatkan hubungan

dicuba mendekati si ibu seboleh mungkin
membantu ibu setiap kali ibunya kedapur
walau ibunya buat tak tahu
walau ibunya moody
walau ibunya sedang marah
si anak tetap datang menemani si ibu
digagahkan juga
demi mendapatkan ilmu memasak
yang sehebat ibunya

namun si anak sedar
si ibu tidak sama sekali menyenangi keadaan ini
walau sekuat mane dipujuk
ilmu tetap kemas tersimpan

usaha demi usaha untuk
belajar cara memasak sehebat ibu gagal
akhirnya anak itu
menyerah
pasrah


bahawa si anak sudah tahu
andai ilmu itu yang didambakan
ia bukanlah datang dari si ibu


tersimpan kemas di hati ini...
si anak tetap mengagumi masakan si ibu
moga hati si ibu akan lembut
dan semoga segalanya belum terlambat



kisah dia






0 Responses
Related Posts with Thumbnails