maiza
berhenti keje dan diberhentikan keje
sape sangka 
2 situasi ni boleh berlaku di pengakhiran kerjaya aku di company ni
company mane?
google ar sendiri
huhu

aku ni kiranya salah seorang pekerja lah
yang dah tak tahan dengan kerenah bini boss
dia kat sana dipanggil datin

tuk pengetahuan korang
dia dgn laki dia (datuk) bukan nya owner syarikat ni
bos besar aku ialah menantu datuk dan datin ni
bos besar aku kawin dengan anak perempuan datuk dan datin
so secara tak langsung lah konon2 nya datin ni owner lah
padahal jauh api dari panggang
tu pun x sedar diri

ok berbalik pada datin
keje dia ni mmg suka mrah orang
pantang ade yg tak kena sikit di mata dia
mesti dia marah..kalo dia marah sikit tak pe
dia akan jerit kuat2...mesti nak satu kilang dengar
marah dan marah....
bila dia mrah dia nak semua orang tahu dia tengah marah
padahal kadang2
bukan kadang2lah SELALUNYA mmg orang di mrah tue tak de salah ape pun
cuma cara keje je lain
tapi sebb tak ikut selera dia....kena ar mrah

contoh yg dia marah dan kami pekerja x masuk akal ialah
bila datin ni dia dah arrange lori g sana g sini
then bila lori semua dah jalan
order baru smpai , pekerja sales buka invoices then pass kat dia
dia akan mengamuklah...
dia akan ckp
LU INGAT LU SAPE
SESUKA HATI NAK SURUH HANTAR BARANG
NPE TAK NAK BUAT AWAL
LEMBAB, U PERGI AMBIL LORI DRIVE SENDIRI
MENYUSAHKAN ORANG dan bla..bla..bla
padahal, order baru masuk,
tak kan lah nak tahan..
mmg selalu lah kitaorang kena
ko ckplah kalo ini salah pekerja?
dia mmg gila
setakat jaga stor dan bahagian logistic pun dah nak memekak

kes 2
ada juga masa2 dia jerit mcm perempuan gila
bila barang2 yg dioder customer
x de kat stor, tu pun dia akan mengamuk
ialah kadang2 stok kat computer x sama ngan kat belakang
so bila kita buka invoices brang yg x de kat belakang 
dia akan kedepan menjerit2lah
emm
dia bahagian stor patutnya bagi lah tahu bahagian sales
ni x, dah lah x kasi masuk stor, lepas tu bila brang ada tak de mmg lah x dapat tahu
gila kan?

kes 3
dia mmg selalu ada fikiran yang negatif terhdap orang
selalu sangat
apa yg jadi
bila satu hari tue company buatlah tournament main bowling
so invite semua orang..
yg pergi tue muda2lah
tapi ade satu pekerja ni dia agak berumurlh
dia x pergi..
tahu ape? datin ckp yg buruk2lah
takot bini lah..bini x kasi keluarlah
penakotlah
itulah inilah
kecik hati pekerja tue
padahal , dia tue dah berumur so dia rasa x sesuai 
tu yang dia tak pergi
x de kaitan dengan bini dia..
lepas tue datin asyik ejek pakcik tue
lama jugak lah baru berhenti
kesian tahu tak
mcm2lah
zalim kan

dan berbalik kes aku 
aku mula2 mmg x de urusan dgn datin ni
tapi sejak aku ditukar department
maka byk kalilah aku terkena
mula2 aku sabar
sabar dan bersabar

lepas tue bos besar aku panggil handle 
mcm2 project
aku pernah cete dlm blog ni
search ek kalo nak tahu
so project ni 
kena ar buat paper work dan jugak kena berbincang dengan engineer nya
maka kat sinilah datang nya problem

nak tahu kenapa
ialah engineer tue semua lelaki
dah kawin
dan aku ni lak belum kawin...
so dia ni panas hatilah..
bila aku jumpe diorang, ckp dgn diorang 
datin ni jadi panas

tu sbb nya aku ckp kat bebudak engineer ni
korang ni anak ikan dia
datin ni mmg jaga anak ikan dia ni
pantang ada orang pompuan ckp dgn ank2 ikan ni
mesti kena jerit nya

so mula2 aku pekak kan telingalah
aku buat tak tahu
tapi bila cara tue tak berkesan
dia guna cara lebih kasar
dia kate pada bebudak engineer tue 
dia  nak bagi tahu kat bini2 diorang
yang aku  ni kacau laki diorang
korang tahu x smpai mcm tue sekali
kalo korang jadi bebudak engineer tue tak ke takot
yelah mmg benda tak betul
tapi kalo bini bos sendiri telefon x ke haru biru jadinya?
padahal aku ni x pernah bergurau dengan diorang
semua aku bincang soal keje

belakang aku ,
mmg datin ni basuh budak2 engineer tuelah
ckp aku ni gatal lah, perosak rumah tangga orang lah,
mcm2lah yg teruk2lah..
smpai bebudak engineer tue tak berani nak berckp dgn aku

bygkan ketakutan diorang tue smpai
kat luar,waktu lunch kat kedai makan lalu  sebelah pun x berani nak bertegur
ko tengok lah dia punya penangan

mula2 aku bertahn jugak
tapi keje aku tuk project2 tue dah tergendala
yg nak jawb nya aku 
tapi aku x dapat nak settlekan project tue coz yg buat bebudak engineer

asal aku surh diorang siapkan project2 tu je
mesti datin tue panggil buat keje yg bukan2
keje yang tak penting langsung
sirap pokok bungalah
susun barng lah
mmg dia mencabar aku

so kemuncak kepada
perletakan jawatan aku
ialah ada satu project tue
gantung 100 kpg banner
seluruh melaka
kena siapkan dlam masa 24 jam

so tuk pastikan berjalan lancar
aku bahagikan 
tempat, pekeja dan transport supaya lancar diorang buat keje
tgh duk2 bincang
tahu2 aku kena marah 
dia jerit sebatu lagi dah boleh dengar
dia mrah
marah
dan marah lah
aku ckp sikit pun dia x dengar
dia terus marahhhhh
ialah aku dah kacau anak2 ikan dia.
tue kemuncak nyalah
esoknya juga aku serah surat letak jawatan

anak dia, datuk dan bos besar sendiri 
merayu mmg aku ckp dah x boleh
dah tak de ape tuk aku bertahan kat company tue lagi
then aku ckp last aku ialah 15.10.2011 
sbb masa aku serah surat letak jawatan tue dah tentu aku kena bagi notis sbulan


sehari lepas aku serah surat tue, 
datuk bagi aku cuti,
datin peliklah...
selidik punya selidik
dia dapat tahu aku nak berhenti
habis satu offices dia tanya
ITU MAI KENAPA DIA NAK BERHENTI?
perempuan gila!
masih tnya lagi kenapa aku nak berhenti?

emm
lepas tue masa
29.09.2011
datuk panggil aku 
dia ckp
esok awak last mai...
isnin awak keje kat bahagian politik saya dekat kota cemerlang
itu yang dia ckp
aku terkejulah..
aku ckplah aku last 15.10.2011
tapi datuk ckp tak pe
u tak payah datang
terus g tmpat tue tuk mula keje

mula2 aku setuju  jelah sbb gaji nak bagi sma dengan keje aku kat company tue
nak2 hari sabtu x yah keje..
then boleh kuar masuk sesuka hati
so
aku terimalah

lepas tue aku dengar cerita yang sebenar benarnya
datin rupanya dah gasak datok supaya
suruh aku last 30 tue..
aku x caye mula2
lepas semua anak ikan tue kate mcm tue
hati aku jadi panaslah

lama aku pk
dan bincang2
aku decide nak keje sampai 15.10.2011
aku tak mau mengalah

tapi bila aku tengok datuk kena mrah teruk ngan bini dia
aku rasa bersalh pulak
kesian tul aku tengok
anak dia smpai nak menangis tengok bapak dia kena mrah
datin tu ckp pilih dia atau aku
so aku kesian lah kan

tak pelah aku pk
aku cari datuk,
aku ckp datuk ,
saya boleh berhenti 30.09.2011
tapi ini dah dikira saya dipecat datuk
datuk diam je
dia faham maksud aku

then dia kate nak bincang dengan hr..
so hr dah decide nak bayar ganti rugilah
cam biasa ikut lawlah

kira lagi untunglah
aku tak yah keje 
tapi gaji jalan
so lagi baik tul tak?

kalo datin tahu hal ni mesti lagi teruk datuk dan hr officer tue kena
tapi tak pelah
dia tak tahu
kalo tahu pun dah terlambat rasanya

so gtu lah kesudahan cerita aku 
berhenti kerja dan diberhentikan

sekrang aku perlukan sokongan korang
dan jga doa..
permudahkanlah aku tuk mendapat kerja
dan meniti tangga kejayaan seperti korang
dan doa aku
moga kalian tidak menempuh ape yang aku lalui
kalo sekalipun berhadapan waktu sukar
byk kan besabar dan pk jauh..
Semoga Allah melindungi kita


amin



















2 Responses
  1. Unknown Says:

    abes ko keje mane skrg mai? ko keje kt bhgn politik datuk kt kota cemerlang ke?


  2. mai Says:

    maaaiii..aku baru baca cite ni..datin tu sangat annoying...sabar ye yang. insyaAllah ada hikmah sebalik sume tu...semoga ko dpt keje yg jauh lg baik! aminnn... :)


Related Posts with Thumbnails