maiza
bercakap dari dasar pengalaman
sejauh mane kita pergi, dan seramai mane kita jumpa orang
andai dia jodoh kita..maka kita pasti akan bertemu dengan jodoh itu


namun benda yg baik pasti ada cabaran nya
kerana sebaik baik perancangan adalah perancangan dari Allah
dan ini benar-benar membuka mata aku

dan kerana itu aku tidak akan menolak siapa pun jodoh yg dah ditentukan oleh Allah utk setiap insan dibumi ini
jauh sekali menghlang perkara yg baik itu dr berlaku
aku nak semua merasai kemanisan alam perkahwinan

cuma aku pinta sedikit waktu..walau seketika utk aku merasai bagaimana adenya insan bergelar suami dalam keluarga aku..
aku minta sedikit ruang untuk keluarga aku merasai pertama kali beraya apabila ade menantu...
aku minta sedikit tempoh untuk aku dan keluarga mengenali dengan lebih mendalam lagi ahli baru dlm keluarga kami ini
dan aku minta hak aku untuk merasai nikmat ini...

jangan lah rampas hak aku... terlalu lama aku dambakan ini...

tapi aku tahu impian aku kini semakin tipis..

dan sekali lagi impian aku menjadi sebuah impian.

saat aku mampu duduk bersama ibu bercerita panjang walaupun berkisar ttg tunang...aku gembira...inilah yg aku rindukan sejak dulu...duduk bersama ibu dan bercerita..

tapi rasanya x lama aku akan nikmati ini...

kasihan tunang yg dah lama menanti perhatian sorng ibu...

andai itu terjadi...aku redha. tapi aku tetap bermohon moga aku diberi kesempatan itu..
dan berdoa menunjukkan jalan pada dia yg terbaik untuk dia.

tetap mendoakan kebahagian mu walau hati ini merintih pilu...




0 Responses
Related Posts with Thumbnails