maiza
al fatihah.
moga Allah tempatkan dia dikalangan hambaNYA yg beriman.

entah mcm mane malam ni aku rasa terpanggil untuk coretkan sesuatu. rindu? aku x th. tapi selepas baca status kakak arwah di fb , hati aku sebak. dalam diam aku sedar sudah lama aku 'tinggalkan' keluarga itu kerana org yg mereka dan aku kasihi telah pergi mengadap ILahi.

pada hemat aku..ini yg terbaik untuk aku.pada fikiran aku ini lah langkah terbaik utk aku mulakan semula hidup aku. pada waktu aku memutuskan utk pergi jauh dr keluarga itu, aku th mungkin mereka akan kecil hati tp aku gagahkan juga sbb pemergiaan dia mmg cukup buat kami tak henti menahan air mata.

dan dari jauh aku melihat mereka bersatu sebagai keluarga..mungkin membina semangat antara satu sama lain diatas kehilangan yg terjadi dan sejak dari situlah aku sedar .. mereka telah bahagia dan luka itu telah berjaya diubati...

tapi aku silap dalam mentafsir setiap gambar yg dipaparkan. dalam gembira rupanya mereka juga seperti aku.tetap meneruskan hidup tapi luka itu x pernah berjaya di lupakan..x pernah berjaya disembuhkan dan luka itu sehingga kini masih berdarah. luka yg hanya diri sendiri dapat rasai tapi masih mampu diselindungi dr org disekeliling.

Hanya Allah yg mengetahui luka dihati ini.

walau aku dianggap 'munafik' dikalangan rakan2 yg mengetahui kisah aku dah arwah gara-gara aku bertunang kini..aku lebih suka mendiamkan diri. utk ape aku perlu terangkan keadaan aku kini dan gelora di dalam hati ini kepada mereka yg mungkin tak pernah merasai kehilangan insan yg paling disayangi.


aku bersyukur tunang aku memahami keadaan aku. 

aku berterima kadih pada MU Ya Allah kerana membuka pintu hati aku ini.Sesungguhnya doa adalah senjata org mukmin, Aku x akn lupa untuk berdoa padaMU lg Ya Allah.

dan doa aku yg tak pernah henti ...limpahlah keluarga Arwah dengan seribu nikmat MU Ya Allah. selepas Kau ambil arwah..jgn lah Kau seksa hati mereka lagi.berikanlah mereka ketenangan...



0 Responses
Related Posts with Thumbnails