Semasa post ini ditulis
Tragedi MH370 sedang berlaku
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing
Tidak sampai ke destinasi
Sebaliknya mendarat menyembah bumi di Lautan Hindi
Kenape sampai ke sana?
Pengganas ke?
Pilot ke?
Penumpang ka?
Anak kapal ka?
Boeing rosak ke?
Semua yang ikuti kisah ini nak kan jawapan
jawapan kepada kisah sebenar yang menyebabkan
flight ini tidak mendarat di Beijing seperti yang dijanjikan
Aku pun nak tahu
Dalam mencari jawapan
Kerana diri ini mmg tak tahu langsung tentang hal kapal terbang
maka usaha mencari jawapan dibuat
dengan bantuan
INTERNET
ironinya
terlalu banyak pendapat yang diutarakan
malah pendapat yang diluar dari kotak pemikiran
tiba tiba Malaysia mempunyai ribuan pakar pakar
dalam aspek penerbangan!
sedihnya bangsa sendiri
rakyat sendiri menghentam Malaysia
diri ini cukup bersimpati dengan juruterbang
ketua mahupun co pilot
mereka Islam
dan kerana ini terlalu mudah
Islam dijadikan punca mengapa
semua ini terjadi
Islam pembunuh
Islam pengganas
Islam perampas
aku sebagai Islam cukup terkesan
dengan kata kata hinaan
yang dilemparkan oleh mereka
yang tidak pernah
melafazkan kalimah syahadah
mereka kafir, itu sebabnya mereka boleh berkata macam2 hal
mereka adalah 'dajal' yang akn merosakkan Islam
tapi orang Islam sendiri yang menghina Islam?
siapa mereka ini sebenarnya?
mane tempat mereka?
bersediakah mereka untuk merangkak dipadang masyar
untuk meminta maaf kepada juruterbang andai selama tragedi ini berlaku
bukan kerana silap mereka?
aku tak sanggup.