maiza

si dia yang aku maksud kan adalah MEG 47. biarlah gelaran itu aku berikan pada insan yang kini sedang berusaha mengubati hati aku. aku yakin dengan kesungguhan dia cuma dalam masa yang sama aku sendiri takut..takut dia akan putus semangat terhadap hubungan kami. Ya Allah kebahagiaan aku yang satu itu telah Kau ambil jadi buka kan lah pintu hati aku kembali untuk menerima lelaki ini sepenuh hati aku.


Cume ape yang berlaku pada malam tadi amat membingungkan aku. Semasa pukul 3 pagi kami bergayut, tiba-tiba keluar soalan dari mulut aku..

MEG47, nak tak bawak mai pergi kubur arwah?

lame dia diam dan di membalas

Kalo mai nak pergi Meg 47 blh bwak kan. tapi kena pikir lah smpai bila..

dan aku terus terdiam kerana aku tahu maksud yang tersirat di sebalik kata-kata tu. dan aku jadi sebak dan hampir x dapat bendung perasaan.

Dengan akal yang waras aku sangat memahami ape yang dia kate dan ape yang cuba dia maksudkan.

Tapi syang seribu kali sayang, jauh didalam lubuk hati aku berkate dia bukan lelaki yang aku cari. Aku x mungkin akan memilih orang yang akan memisahkan antara aku dengan orang yang pernah bertahta di hati aku. Mana mungkin aku memilih lelaki yang masih punya perasaan cemburu terhadap insan yang dah lama menghadap Illahi dan yang paling penting mana mungkin aku akan memilih lelaki yang akan memisahkan aku dengan orang yang telah terkorban demi mengembirakan hati aku..dan ini lah kenyataan nya...


Buat MEG 47, mai tahu MEG47 baca blog ni dan ini adalah pengakuan ikhlas dari mai..

demi masa depan mu sendiri buatlah pilihan...pilihlah yang terbaik bagi dirimu dan masa depan mu..

dan aku disini menerima segala nya dengan tabah kerana aku percaya pasti akan ade dugaan yang akan menimpa aku...dan kini ak hanya mampu berdoa.

5 Responses
  1. Anonymous Says:

    mai..
    sabar la..
    aku tau sape yg ko maksudkan..
    die cube utk merebut balik hati ko lepas berpisah dlu..

    mai..
    aku tau hati ko masih pd arwah..
    dan aku kdg2 pun teringat kat arwah..

    aku cume nk tgk ko bahagia..
    aku xnk tgk ko sedey2 lg..
    jgn jd cam aku mai..
    ckup2 la dugaan yg da menimpa kita..

    klau die btul2 ikhlas sygkan ko, ko cube la terima die..
    tp aku tau ssah bg ko nk terima die pas ape yg dia da wat dlu..

    sabar jela mai..
    kite hidup harus tabah walaupun hakikat nya kita lemah..
    aku cube utk jd kuat mai..
    dan aku tau, ko pun kuat..
    kita sama2 kuat mai..

    igt yg aku sentiasa ada utk ko..
    remember that!
    aku sygkan ko k..
    jaga diri elok2..
    :)


  2. akk Says:

    mai,
    akk fhm apa yg mai rasai
    tp tlg lah jgn bt mcm ni pd diri mai cndiri.
    tk b'baloi.akk tk th spe yg dimksdkn tp jauh dlm hati akk th dia adlh matlamat mai skrng.yg prgi biar prgi.mai doakn dia sbb tu yg plng dihrpkn dr mai.
    kalo ade prkara nk bualkn call lh akk.akk setia menemani mai


  3. ayob Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  4. bob Says:

    SALAM
    wei mai bwk lah bersbr!kan aku dh kate ko doa je bt dia.baca yassin dan bykkan bt sedekah atas nama dia.
    ko jgn tolk yg skrang.nti ko myesal th!



Related Posts with Thumbnails